Sunday, August 8, 2010

rambang mata

uiisssh payahnya jadi rambang mata ni... semua nampak cantik je..lagi-lagi benda tak da di depan mata lagi pening memikir mana satu nak cekau...huhuhu

Tuesday, July 27, 2010

macam-macam

salam....

lama betul bertapa dalam kelam belog ni...rasa letih sket lately..maklumlah biological clock dah berubah.. masih belajar untuk sesuaikan diri..

dalam kepala ni macam2 benda beratur nak dibuat..nak buat tu nak buat ni..
nak buat projek english decor..nak cari selendang.....macam macam la..

rasa best kalo dapat tulis dalam belog..haha walopon tak penting pon..patutnya tulis senyap senyap je dalam dairi ke..huhu..

Monday, June 14, 2010

Rejab Syaaban Ramadhan

Rejab datang lagi membawa seribu keberkatan kepada sekalian ummat..sekejap je masa berlalu kan.. dah nak masuk Ramadhan.. hari ni mesti ramai yang berpuasa kan? ermmm.. i missed the train.. huehue.. aku dah ada niat untuk puasa tapi tak terlaksana pulak.. tak perasan yang hari ni 1 Rejab..dush dushh.. malu je kan..kalendar Islam langsung tak handal.. tgk kat fesbuk baru perasan...

Rejab kan sebulan *ayat sedapkan hati* InshaAllah nak ambil kesempatan nak puasa semana yang mampu dan ganti yang mana tertinggal Ramadhan lepas..

Jum puasa ramai-ramai !

Saturday, June 12, 2010

lagi wanita ditipu rakan internet

aku tak faham kenapa ada lagi orang (perempuan) yang tertipu dengan kenalan internet? dah banyak kali sangat kisah-kisah macamni dilaporkan di surat khabar, kat internet..tak kan masih tak belajar dan tak ambik pengajaran?

yang aku selalu dengar mangsanya perempuan dan tukang tipunya adalah lelaki, lelaki tu mesti dari luar Malaysia..modus operandi kebanyakkan (semua) adalah SAMA.. berkenalan... kerja penipu tu mesti hebat, hensem, dan macam-macam lagi ciri yang best, yang buat perempuan cair... pastu penipu nak bagi hadiah kat mangsa...mangsa setuju... pastu mangsa kena bayar sebab cukai pos barang...padahal barang tak dapat pon... lepastu kena bayar lagi dan lagi... banyak juga duit mangsa ye? and at last baru perasan dah kena tipu...agaknya mangsa kena pukau kot..

taktau lah..senang sangat dalam dunia ni orang nak ambik kesempatan dan menipu orang...

wahai wanita-wanita janganlah tertipu lagi..dalam dunia ni takdenye orang nak bagi hadiah free free kat kau.. takdenye orang senang-senang nak bagi duit juta-juta kat kau...lain la kalau kau masuk contest yang sah...yang diiktiraf..yang tu logik la ko nak dapat laptop free, BMW sebijik..

yang ni kenal-kenal kat internet tetiba lelaki tu dengan senang hati nak bagi hadiah kat ko... must be something wrong everywhere kan?

mintak dijauhkan la dengan benda-benda macamni.. gunakan pertimbangan yang waras dan jangan cair mair dengan janji-janji kosong, hadiah-hadiah lumayan... kang hadiah ke mana..duit kau pulak lesap!

siap berhutang bergolok gadai... ambil lah pengajaran..jgn ada yang tertipu lagi..ingatlah.. takde orang senang-senang NAK BAGI DUIT FREE KAT KAU! faham..peringatan untuk diri sendiri jugak... minta dilindungi semua dari perbuatan jahat...

jom baca artikel kat bawah ni...sumber dari Utusan Malaysia Online

Wanita rugi RM1.2 juta ditipu kenalan Internet

KUALA LUMPUR 3 Jun - Walaupun kerap kali didedahkan tentang penipuan kenalan laman sembang di Internet, namun kegiatan tersebut masih terus berlaku.

Kali ini, seorang suri rumah dari Sabah kerugian RM1.2 juta akibat diperdaya kenalan Internetnya, menggunakan nama Jeff Brian Manik yang tidak pernah ditemuinya.

Segala-galanya bermula pada tahun lalu apabila mangsa, Lee, 47, didatangi lelaki tersebut yang memperkenalkan diri dan ingin berkenalan dengannya.

Menurut Lee, Jeff, warga British berusia 30-an, bekerja sebagai seorang jurutera berdasarkan gambar dan maklumat peribadi di dalam profilnya.

Lee memberitahu, dia dan Jeff bagaimanapun jarang berhubung kerana masing-masing tidak aktif dalam laman itu dan hanya mula menjadi akrab sejak dua bulan lalu.

Pada 7 April lalu, dalam perbualan telefon, Jeff menyatakan hasrat untuk menghadiahkannya bungkusan hadiah bernilai 21,400 pound sterling (RM102,738) mengandungi barangan mewah dan berjenama.

"Antaranya iPhone 3GS, beg tangan Louis Vuitton, komputer riba Compaq, jam tangan Roberto Cavalli dan lima barangan lain.

"Saya tidak mahu menerimanya tetapi dia berkeras ingin memberi menerusi khidmat penghantaran bungkusan," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Menurut Lee, dia juga diberitahu bahawa bungkusan itu akan dihantar oleh seorang wakil syarikat yang bernama Jennifer Smith.

Enam hari selepas itu, Jennifer menghubungi Lee dan memintanya membuat pembayaran wang pendahuluan sebanyak RM16,500 sebagai yuran pemprosesan sebelum boleh menuntutnya daripada kastam.

"Tanpa berfikir panjang, saya mendepositkan wang itu ke dalam dua akaun tempatan pada esoknya, tetapi selepas menunggu selama beberapa hari, bungkusan itu tidak sampai," katanya.

Kira-kira seminggu selepas itu, katanya, Jeff menghubunginya lagi dan memohon maaf kerana bungkusan tersebut tidak dapat diterima.

"Dia berjanji akan menggantikan dengan hadiah yang lebih besar. Kali ini, Jeff ingin memindahkan dana 2.5 juta pound sterling (RM12 juta) ke dalam akaun saya.

"Alasannya wang itu ingin digunakan untuk pelaburan di Malaysia. Jeff berbudi pekerti tinggi, sopan santun dan pandai mengambil hati saya sehingga saya begitu mudah memaafkannya.

"Dia turut menyatakan hasrat untuk melawat Sabah dan bertemu dengan saya apabila selesai kerjanya kelak, justeru sejumlah besar wang itu dipindahkan ke dalam akaun saya dahulu," jelasnya.

Meskipun merasakan seperti tidak masuk akal, namun Lee berkata, dia diyakinkan dengan kedatangan seorang rakan Jeff yang dikenali sebagai David Brown ke Kuala Lumpur.

Katanya, dia yang ditemani kakaknya datang ke ibu negara untuk bertemu David di salah sebuah hotel dan kemudian ditunjukkan sebuah beg berisi wang kertas pound sterling.

"David meminta saya membuat pembayaran sebanyak RM200,000 sebelum wang itu boleh dimasukkan ke dalam akaun saya.

"Lebih menyakinkan apabila saya diberikan sekeping sijil pemilikan wang tunai 2.5 juta pound sterling yang diletakkan atas nama saya," katanya.

Lee berkata, dia membuat pembayaran itu seperti diarahkan David ke dalam beberapa akaun bank milik rakyat tempatan di antara 27 dan 5 Mei lalu.

"Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Martin Williams yang mendakwa ejen Jeff dan memaklumkan bahawa saya perlu membuat bayaran RM1 juta.

"Ia adalah untuk cukai 10 peratus bagi meluluskan pemindahan dana tersebut. Dengan niat untuk membantu Jeff, saya mengeluarkan simpanan.

"Saya juga meminjam daripada kakak untuk membuat pembayaran itu dengan rela hati," tambahnya.

Lee berkata, akhirnya dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu, namun segala-galanya sudah terlewat kerana wang sebanyak RM1.2 juta miliknya itu telah lesap dalam tempoh kurang daripada dua bulan.

Berikutan itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Karamunsing pada 30 Mei lalu, sebelum mengadu di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA awal minggu ini.

Tuesday, June 8, 2010

dugaan

banyak sangat dugaan.. berat... satu persatu ujian datang..peluang yang dilepaskan.. harap-harap peluang akan datang kembali..dan semuanya akan kembali normal..dan cahaya akan menerangi hidup aku semula....

berat mana pun ujian ini, berat lagi penyiksaan saudara kita di Palestin..semoga kekejaman akan ada penghujungnya!

Monday, May 31, 2010

bila result peperiksaan memasuki perkhidmatan awam gred 41 keluar?

mesti semua yang pergi peperiksaan memasuki perkhidmatan awam gred 41 tertunggu-tunggu kan bila result nak keluar.... buat saspennn je..mula kata 17/18 Mei..then tangguh ke 31 Mei..

kalo ingat balik cabaran nak pergi ke tempat exam tu...makk aiihh memang mencabar la.. nak jawab exam pon tak setaff nak sampai kat tempat kejadian... jem yang maha hebat.. oh maksud aku kat pusat exam UPM..

ada yang sampai lewat sejam, ada yang langsung tak amik exam dah sebab dah lambat, ada yang dah nangis sebab lambat, ada yang tak de meja..macam-macam situasi..salute kepada semua yang bersemangat juga nak jawab exam walaupun lambat sejam... dan ketua pengawas pon sporting dan bertimbangrasa... bagi juga jawab walaupon tak boleh repeat paper yang dah lepas (kot).

sama-sama kita nantikan keputusan..kepada yang berjaya tahniah.. yang tidak..usaha lagi.. aku? entahla.. kalo sukses tu ada la rejeki.. kalo tidak.. kena try lagi le..

Sunday, May 30, 2010

hermmm..


rasa sedih bila tak dapat tolong orang..tapi kalau sendiri pun tak mampu macamana nak tolongkan?

Tuesday, May 25, 2010

lepas ni boleh bangun awal setiap pagi! part satu

korang-korang ada masalah nak bangun pagi tak? ada masalah suka tekan SNOOZE button kat tepon tak..hihi..like i did.. dalam kepala hotak pikir..ermm jap lagi la lagi 5 minit... bunyi alarm...tettt tettt tettt... tekan SNOOZE, pastu bunyik lagi tekan SNOOZE lagi..alih-alih matahari dah tinggi! not good not good oke!

friend of mine did sent me this informative tips on how to train yourself to wake up early. so let check it out! so hopefully after this no more late wake up hehe.. remind myself t0o!

Here are the tips!

Most successful people are early risers. Think of Benjamin Franklin and Thomas Edison. One reason why waking up early is correlated with success is that you get more work done in the morning. That’s one benefit of waking up early.

But how do you build the habit of waking up early without feeling like a mess in the morning? Especially if you’re a night owl? This post will give you 12 simple tips. Here’s How to Wake Up Early: The Definitive Guide.


1. Wake Up At The Same Time Daily.
You’ll become an early riser by waking up at the exact same time for 30 days on. You’ll be less likely to sleep in and might even wake up right before your alarm goes off. Here’s how to get started:

  • Wake Up At The Same Time. If you have problems catching sleep, lying awake at night while feeling tired, start by waking up at the same time daily. Even if it’s late. This will stabilize your circadian rhythm.
  • Wake Up Earlier. I recommend at least 2 hours before leaving for work. I wake up at 6am to start working at 8am. Many early risers wake up at 5am or even 4am. Nap for 30mins around noon if you’re tired.
  • Don’t Gradually Wake Up Earlier. You’re body gets used to waking up early fast. Don’t wake up 15mins earlier every couple of days until you wake up when you want to. Go directly for your goal wake up time.

30 days people! then u will get used of it..starts from tomorrow!

2. Set Your Alarm. Use something loud, but not annoying. I use the alarm on my cellular phone (off at night) because I don’t like music, a radio or a buzzer. Use whatever works for you.

Put your alarm out of arm reach so you can’t hit the snooze to sleep in. You must have to get out of bed to stop your alarm.

Biasanye aku letak phone betul-betul sebelah aku bawah bantal..after this kene letak jauh-jauh! letak atas meja..then bila bunyi terus bangun dan tekan snooze dan tidur balik..hehe oh no no bangun terus dan solat!


3. Jump Out of Bed When Your Alarm Goes Off.
The longer it takes you to get up, the more likely you’ll try to sleep in. And hitting the snooze to lay in your bed longer only makes it harder. Get up the first time your alarm goes off.

  • Stop Rationalizing. Don’t lay in bed thinking of reasons to sleep longer. Get out of bed even if you feel tired. You need consistency to build the habit of waking up early. Don’t make exceptions.
  • Stop Snoozing. Sleeping in for 10mins leads to another 10mins. Before you know it you’ve slept 2h more. And because you broke your sleep any extras are low quality and can make you even more tired.
  • Leave The Room. Have a warm sweater or a bathrobe ready if it’s cold season. Then leave the room and don’t come back. Ignore the voice in your head that tells you to go back to sleep in.

Bangun terus oke! Terus bangun oke!

4. Get Light Exposure. Light stimulates dopamine production which increases energy, motivation & productivity. Lack of light causes winter blues & tiredness. Unfortunately home/office lights aren’t bright enough. You need sunlight.

  • Open Window Blinds. This gets you sunlight exposure when you wake up and during the day. If you work in an office: open the window blinds and place your desk so your eyes get sunlight exposure.
  • Walk Outside. A 30 min walk in the morning sunlight will stimulate the production of dopamine. Do not wear sunglasses: UV is low at sunset. Your eyes will be safe unless you look directly into the sun.
  • Use a Sun Box. If your place doesn’t have big windows to let sunlight in or if it’s winter/cloudy or if you can’t get outside in the morning, then use a light box like this one for 30mins after you wake up.

Ye..buka tingkap dan biarkan matahari masuk menerangi seluruh pelosok hidup mu..baru fresh!

5. Have a Reason To Wake Up Early. Use your extra time in the morning to do things that matter. Not for surfing the Internet or doing other tasks that won’t make a difference in the long-term. Here’s what I recommend:

  • Eat Breakfast. Key to building healthy eating habits: you’ll be less likely to eat junk food the rest of the day if you eat a healthy breakfast. Read the benefits of breakfast and build the habit of eating on waking up.
  • Cook Food. Preparing your own meals gives you total control over their ingredients and thus over your results. Prepare breakfast and your food for the day on waking up. This takes about 1 hour.
  • Exercise. You won’t miss workouts if you train in the morning: whatever comes up, you’ve already trained. Wait 1hour before lifting weights. This gives your spine time to dehydrate and lowers risks of lower back injury.

Cari sebab? Bangun pagi dengan semangat baru.

6. Write Your Goals Daily. Most people don’t have goals. And those who set some forget about them within weeks. By writing down your goals daily, you’ll never forget them and they’ll be your reason for waking up early.

  • Set Goals. If you don’t know what you want: start with what you don’t want. Your goal is the opposite. Aim high, choose 1 goal and be specific. Example: “I don’t want to be fat” “I choose to have 10% body fat”.
  • Know Why You Want It. Avoiding pain/frustration is the best motivator. Compare the pain of waking up early to staying fat/skinny, experiencing humiliation as a result and dying young because of your unhealthy diet.
  • Write Your Goals 2x/Day. On waking up and before going to bed. Use them as affirmations (read Beyond Positive Thinking): “I choose to easily wake up at 6am”, “I choose to eat breakfast and exercise each morning”.
Hari-hari tulis apa goal anda..buka gol bola..heh..matlamat hari itu macam nak pergi makan secret recipe, nak pergi hantar dobi, nak siapkan kerja, nak mengorat awek sekerja..bila dah set goal baru rasa ada hala tuju sket kan?

Ada lagi 6 tips..akan dikongsi nanti..stay tuned!

This is from http://stronglifts.com

Wednesday, May 19, 2010

#8 Jangan buang bayi!








Interpretasi kehidupan di mata kanak-kanak.

Sayangilah kanak-kanak, jangan buang mereka (bayi) merata-rata, kehadiran mereka amat bermakna.

#7 siapa nak contact lens free?


Akhirnnnyaaaa... fuhh lama jugak aku tunggu contact lens daripada fresh look ni.. akhirnya sampai juga hari ni.. aku isi promotion form 3rd May hari tu..ambil lebih kurang 2 minggu juga baru dapat..tapi takpa..at last dapat jugak.. hehe..boleh la bergaya dengan Dailies Freshlook Illuminate One Day Color Contact Lens..fuuhh panjang lebar betul nama nye..

Ni first time aku try color contact lens, selama ni pakai yang plain ajooo..ada gak keinginan nak try color-color but tak reti nak pilih color..

Since dah dapat free ni apalagi..boleh la cuba.. nanti kalo aku pakai aku tunjuk gambar yek..tu pon kalo kondisi kamera phone aku mengijinkan..huhu...

Oke kalo korang teringin nak bergaya dengan contact lens boleh la ke web site ni.. www.freshlookilluminate.com. tak tau le ada lagi ke promotion just check it out k..eh lagi satu kan..aku dapat voucher sekali dengan free sample ni..lupa nak bagitau..free sample ni hanya 3 pasang je..maksudnya untuk 3 hari je sebab contact lens ni jenis daily punye..so lepas pakai sila la buang terus..dan voucher tu pula adalah voucher potongan 30% untuk setiap pembelian kotak ke-2 freshlook ni..satu kotak ada 10 pasang RM35, so kalo korang beli kotak ke-2 dapatlah potongan 30% utk pembelian kedua tu..paham?

Pakai daily punya jenis ni lagi selamat sebab bersih tapi parah sket la untuk poket ko..hehe..

Tu dia 3 pasang CL dah berada depan mata..leh la sambut besday esok dengan contact lens baru..auuww..haha..

Oke sapa nak free sample sila ke www.freshlookilluminate.com. Isi la apa yang patut dan kalo promotion dah habes jangan nangis ek.. ;b nanti mesti ada lagi.. Kalo ada apa-apa promotion lagi aku akan share dengan korang k...

Monday, May 17, 2010

#6 lagenda budak setan

fuhh tak sabar rasanya nak menunggu filem ni di tayangkan..harap-harap adalah yang sudi meneman, kalo tidak terpaksa tunggu dvd dalam sebulan dua.. hmmm..lagenda budak setan? pasti ramai yang dah baca atau tahu pasal cerita ni kan..ditulis oleh novelis tersohor suatu masa dahulu, Ahadiat Akashah.. seingat aku zaman tu aku masih di sekolah menengah..tahun 90an nak masuk awal Y2k..tahun 2000..zaman millenium bak kata orang zaman tu...dan aku sebenarnya tak berkesempatan nak baca novel ni..tapi walau pun tak baca, aku tau ceritanya memang hebat..

sebab aku tak baca? fuuhhh que nak meminjam buku ni daripada rakan amat panjang..maklumlah bukan ramai yang ada koleksi novel ni..adala sorang daripada rakan perempuan yang ada..apa lagi beraturla orang nak baca lepas tu...

ni la rupanya novel lagenda budak setan..khabarnya novel ni bermula dari budak setan 1, budak setan 2 dan terus kompilasi jadi lagenda budak setan... tak mengapalah aku tak berpeluang membaca novel ni..janji aku dapat tengok filem ni nanti...

bila tengok trailer memang sedih dan jiwang habes la cerita ni..buatkan aku tak senang duduk tak sabar nak pergo ke MBO berdekatan..oh ye mmg aku suka ke mBO je untuk menonton movie..orang tak ramai sangat, tak perlu nak beratur panjang lebar...huhu..

jom nanti ramai-ramai kita tengok kasyah dan ayu di layar perak, lakonan lisa surihani dan farid kamil...eh ada satu hari aku mimpi aku jadi lisa surihani..phewww...

ceritanya macam ni...aku pergi ke rumah kawan aku..lepas tu waktu kitorang makan ramai-ramai..dalam 4 orang...tiba-tiba pintu diketuk...ada sorang lelaki masuk..dia kata nak antar baju tuk dibasuh..ishh sejak bila kawan aku buka kedai dobi lak..

tapi aku tak tengok pon sapa laki tu..n then laki tu join kitorang makan sekali...pas tu kawan aku ni perkenalkan kami 3 orang kat lelaki tu..waktu tu aku menyorok muka kat sofa..ntah kenapa..malu kot..padahal aku tak tengok lagi laki tu...

kawan aku perkenalkan 2 kawan aku tu dgn nama tipu..sampai dkt aku dia bagitau nama betul..konon camni la 'eh, yang ni ani'.. tetiba laki tu cakap 'owh..ani binti murad'...

jeng jeng jeng...bila dengar je laki tu sebut nama penuh aku (bukan nama sebenar), aku terus paling muka kat dia...dan sungguh terharu rupanya dia adalah cinta lama aku..hehe..tiba-tiba aku terus bertukar jadi lisa surihani dalam mimpi tu..dan lelaki tu jadi farid kamil...hahaha..

pastu sesi air mata terjadi sebab tak sangka akan jumpa semula dengan kekasih lama...wakakka...

uuhuhuhu..cukupla aku merepekye...


ni la penulis lagenda budak setan..ahadiat akashah... eh agak-agak dia dapat royalti tak tuk filem ni? i hope so...

Friday, May 14, 2010

#5 Keputusan separuh akhir Piala Thomas 2010: Malaysia vs China

Jom ikuti update terkini separuh akhir Piala Thomas 2010 : Malaysia vs China

Go Malaysia Go!! All the best!

MALAYSIA 0 - 3 CHINA

First single

Chong Wei Lee (MAS) vs Lin Dan (CHN)

1st set: MAS 17 -21 CHN
2nd set: MAS 8 -21 CHN

First double

Koo Kean Keat/Tan Boon Heong (MAS) vs Cai Yun/ Fu Hai Feng (CHN)

1st set: MAS 15 - 21 CHN
2nd set: MAS 10 - 21 CHN

Second single

Wong Choon Han (MAS) vs Chen Jin (CHN)

1st set: MAS 16 - 21 CHN
2nd set: MAS 7 - 21 CHN

Yang list bawah ni tak sempat beraksi..dah tewas..tak mengapa, teruskan latihan, giatkan usaha, cari dan perbaiki kelemahan. Yang penting kena pandai mengatasi kegelabahan atau 'gabra' bak kata YAB Datin Seri Rosmah Mansor tadi.

Anyway, tahniah kerana sampai ke peringkat separuh akhir!

Second double

Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How (MAS) vs Xu Chen/Guo Zhendong (CHN)

1st set: MAS CHN
2nd set: MAS CHN

Third single

Mohd Hafiz Hashim (MAS) vs Bao Chunlai (CHN)

1st set: MAS CHN
2nd set: MAS CHN

Teruskan latihan dan usaha lebih gigih lagi Malaysia!!

FINAL PIALA THOMAS 2010 CHINA VS INDONESIA..gudluck!
Who will win? i vote for CHINA!

#4 door gift untuk hari kahwin



wahhh i just found the web that selling homemade and custom made chocolate..cool babe..check out this web http://chocolatwrapper.com

aku tak tau la kalo korang dah lama tau pasal web ni..aku baru je jumpa..so buat bakal-bakal pengantin boleh la view web ni.. memang cantik la design dorang buat dan berbaloi untuk dijadikan door gift waktu majlis kahwin.. berbaloi kan sebab boleh makan cekelat tu..dan wrapper dia suruh kawan korang simpan dalam album masing-masing..heehe...

bukan untuk majlis kahwin je dorang buat, tapi untuk occasion lain pon boleh cam birthday bash, baby shower, hari guru ke, hari ibu ke..memang special kan...so check it out!

Wednesday, May 12, 2010

#3 canggih tetapi menyusahkan


ada benda kadang-kadang canggih dan berguna dan memudahkan urusan. tapi ada juga benda yang canggih tetapi menyusahkan dan buat orang pening.

salah satu contoh mudah ialah tandas yang tak de paip, yang ada cuma lubang kecil kat hujung mangkuk tandas untuk air keluar. better still dari takde paip terus macam kat hotel-hotel atau shopping complex terkemuka. cuma ada tisu je, better still..kalo tisu pun takde apa cerita??

hohoho..bagi aku, aku tak gemar le toilet yang takde paip ni, biarla agak kampuang pon...dah benda tu menyusahkan hidup..i dont like it..no no.. o.0..benda canggih tapi menyusahkan amat lah susah..bila masuk bab bersuci ni..rasa nak membuang pon tak yakin lepas tu nak cuci...cam tak bersih je..tu pandangan aku la..contoh cam toilet kat Alamanda Putrajaya..makk aihh seksa betol nak bersuci kalau melepaskan hajat besar..hajat kecil pon dah renyah ni apatah yang besar..huhuhu..

cam hotel-hotel pon sama, langsung takda paip air..rasanya tak praktikal Malaysia yang majoritinya orang Islam buat tandas cam tu..tak silap aku kat PWTC pon ada toilet sedemikian rupa..nasib baik toilet area surau ada paip, maka bertumpu la orang kat situ..sepatutnya benda kecik macam ni diberi perhatian sebab efeknya besar..

benda canggih tak semestinya berfaedah kan?

#2 akira toriyama

siapa pernah baca komik by akira toriyama? aku nasihatkan sesapa yang tengah tensen, stress, putus cinta rasa nak terjun bangunan boleh la dapatkan komik by akira toriyama ni sebab tulisan dia memang tak mengecewakan. eh patutnya kalo runsing ambil air semayang, baca quran kan? yang tu buat jugak oke.

aku baca komik ni lepas diperkenalkan oleh kawan aku, terkukik kukik aku gelak..paling aku suka cerita DATUK DATANG DARI KAMPUNG TERPENCIL.. haha gila lawak, sapa rasa komik ni tak lawak sila ke hospital berhampiran untuk check apa yang patut..

-the end-

Tuesday, May 11, 2010

#1 welcoming note

welcome to the bongsu world,launch on 11 may 2010