Sunday, August 8, 2010

rambang mata

uiisssh payahnya jadi rambang mata ni... semua nampak cantik je..lagi-lagi benda tak da di depan mata lagi pening memikir mana satu nak cekau...huhuhu

Tuesday, July 27, 2010

macam-macam

salam....

lama betul bertapa dalam kelam belog ni...rasa letih sket lately..maklumlah biological clock dah berubah.. masih belajar untuk sesuaikan diri..

dalam kepala ni macam2 benda beratur nak dibuat..nak buat tu nak buat ni..
nak buat projek english decor..nak cari selendang.....macam macam la..

rasa best kalo dapat tulis dalam belog..haha walopon tak penting pon..patutnya tulis senyap senyap je dalam dairi ke..huhu..

Monday, June 14, 2010

Rejab Syaaban Ramadhan

Rejab datang lagi membawa seribu keberkatan kepada sekalian ummat..sekejap je masa berlalu kan.. dah nak masuk Ramadhan.. hari ni mesti ramai yang berpuasa kan? ermmm.. i missed the train.. huehue.. aku dah ada niat untuk puasa tapi tak terlaksana pulak.. tak perasan yang hari ni 1 Rejab..dush dushh.. malu je kan..kalendar Islam langsung tak handal.. tgk kat fesbuk baru perasan...

Rejab kan sebulan *ayat sedapkan hati* InshaAllah nak ambil kesempatan nak puasa semana yang mampu dan ganti yang mana tertinggal Ramadhan lepas..

Jum puasa ramai-ramai !

Saturday, June 12, 2010

lagi wanita ditipu rakan internet

aku tak faham kenapa ada lagi orang (perempuan) yang tertipu dengan kenalan internet? dah banyak kali sangat kisah-kisah macamni dilaporkan di surat khabar, kat internet..tak kan masih tak belajar dan tak ambik pengajaran?

yang aku selalu dengar mangsanya perempuan dan tukang tipunya adalah lelaki, lelaki tu mesti dari luar Malaysia..modus operandi kebanyakkan (semua) adalah SAMA.. berkenalan... kerja penipu tu mesti hebat, hensem, dan macam-macam lagi ciri yang best, yang buat perempuan cair... pastu penipu nak bagi hadiah kat mangsa...mangsa setuju... pastu mangsa kena bayar sebab cukai pos barang...padahal barang tak dapat pon... lepastu kena bayar lagi dan lagi... banyak juga duit mangsa ye? and at last baru perasan dah kena tipu...agaknya mangsa kena pukau kot..

taktau lah..senang sangat dalam dunia ni orang nak ambik kesempatan dan menipu orang...

wahai wanita-wanita janganlah tertipu lagi..dalam dunia ni takdenye orang nak bagi hadiah free free kat kau.. takdenye orang senang-senang nak bagi duit juta-juta kat kau...lain la kalau kau masuk contest yang sah...yang diiktiraf..yang tu logik la ko nak dapat laptop free, BMW sebijik..

yang ni kenal-kenal kat internet tetiba lelaki tu dengan senang hati nak bagi hadiah kat ko... must be something wrong everywhere kan?

mintak dijauhkan la dengan benda-benda macamni.. gunakan pertimbangan yang waras dan jangan cair mair dengan janji-janji kosong, hadiah-hadiah lumayan... kang hadiah ke mana..duit kau pulak lesap!

siap berhutang bergolok gadai... ambil lah pengajaran..jgn ada yang tertipu lagi..ingatlah.. takde orang senang-senang NAK BAGI DUIT FREE KAT KAU! faham..peringatan untuk diri sendiri jugak... minta dilindungi semua dari perbuatan jahat...

jom baca artikel kat bawah ni...sumber dari Utusan Malaysia Online

Wanita rugi RM1.2 juta ditipu kenalan Internet

KUALA LUMPUR 3 Jun - Walaupun kerap kali didedahkan tentang penipuan kenalan laman sembang di Internet, namun kegiatan tersebut masih terus berlaku.

Kali ini, seorang suri rumah dari Sabah kerugian RM1.2 juta akibat diperdaya kenalan Internetnya, menggunakan nama Jeff Brian Manik yang tidak pernah ditemuinya.

Segala-galanya bermula pada tahun lalu apabila mangsa, Lee, 47, didatangi lelaki tersebut yang memperkenalkan diri dan ingin berkenalan dengannya.

Menurut Lee, Jeff, warga British berusia 30-an, bekerja sebagai seorang jurutera berdasarkan gambar dan maklumat peribadi di dalam profilnya.

Lee memberitahu, dia dan Jeff bagaimanapun jarang berhubung kerana masing-masing tidak aktif dalam laman itu dan hanya mula menjadi akrab sejak dua bulan lalu.

Pada 7 April lalu, dalam perbualan telefon, Jeff menyatakan hasrat untuk menghadiahkannya bungkusan hadiah bernilai 21,400 pound sterling (RM102,738) mengandungi barangan mewah dan berjenama.

"Antaranya iPhone 3GS, beg tangan Louis Vuitton, komputer riba Compaq, jam tangan Roberto Cavalli dan lima barangan lain.

"Saya tidak mahu menerimanya tetapi dia berkeras ingin memberi menerusi khidmat penghantaran bungkusan," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Menurut Lee, dia juga diberitahu bahawa bungkusan itu akan dihantar oleh seorang wakil syarikat yang bernama Jennifer Smith.

Enam hari selepas itu, Jennifer menghubungi Lee dan memintanya membuat pembayaran wang pendahuluan sebanyak RM16,500 sebagai yuran pemprosesan sebelum boleh menuntutnya daripada kastam.

"Tanpa berfikir panjang, saya mendepositkan wang itu ke dalam dua akaun tempatan pada esoknya, tetapi selepas menunggu selama beberapa hari, bungkusan itu tidak sampai," katanya.

Kira-kira seminggu selepas itu, katanya, Jeff menghubunginya lagi dan memohon maaf kerana bungkusan tersebut tidak dapat diterima.

"Dia berjanji akan menggantikan dengan hadiah yang lebih besar. Kali ini, Jeff ingin memindahkan dana 2.5 juta pound sterling (RM12 juta) ke dalam akaun saya.

"Alasannya wang itu ingin digunakan untuk pelaburan di Malaysia. Jeff berbudi pekerti tinggi, sopan santun dan pandai mengambil hati saya sehingga saya begitu mudah memaafkannya.

"Dia turut menyatakan hasrat untuk melawat Sabah dan bertemu dengan saya apabila selesai kerjanya kelak, justeru sejumlah besar wang itu dipindahkan ke dalam akaun saya dahulu," jelasnya.

Meskipun merasakan seperti tidak masuk akal, namun Lee berkata, dia diyakinkan dengan kedatangan seorang rakan Jeff yang dikenali sebagai David Brown ke Kuala Lumpur.

Katanya, dia yang ditemani kakaknya datang ke ibu negara untuk bertemu David di salah sebuah hotel dan kemudian ditunjukkan sebuah beg berisi wang kertas pound sterling.

"David meminta saya membuat pembayaran sebanyak RM200,000 sebelum wang itu boleh dimasukkan ke dalam akaun saya.

"Lebih menyakinkan apabila saya diberikan sekeping sijil pemilikan wang tunai 2.5 juta pound sterling yang diletakkan atas nama saya," katanya.

Lee berkata, dia membuat pembayaran itu seperti diarahkan David ke dalam beberapa akaun bank milik rakyat tempatan di antara 27 dan 5 Mei lalu.

"Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Martin Williams yang mendakwa ejen Jeff dan memaklumkan bahawa saya perlu membuat bayaran RM1 juta.

"Ia adalah untuk cukai 10 peratus bagi meluluskan pemindahan dana tersebut. Dengan niat untuk membantu Jeff, saya mengeluarkan simpanan.

"Saya juga meminjam daripada kakak untuk membuat pembayaran itu dengan rela hati," tambahnya.

Lee berkata, akhirnya dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu, namun segala-galanya sudah terlewat kerana wang sebanyak RM1.2 juta miliknya itu telah lesap dalam tempoh kurang daripada dua bulan.

Berikutan itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Karamunsing pada 30 Mei lalu, sebelum mengadu di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA awal minggu ini.

Tuesday, June 8, 2010

dugaan

banyak sangat dugaan.. berat... satu persatu ujian datang..peluang yang dilepaskan.. harap-harap peluang akan datang kembali..dan semuanya akan kembali normal..dan cahaya akan menerangi hidup aku semula....

berat mana pun ujian ini, berat lagi penyiksaan saudara kita di Palestin..semoga kekejaman akan ada penghujungnya!

Monday, May 31, 2010

bila result peperiksaan memasuki perkhidmatan awam gred 41 keluar?

mesti semua yang pergi peperiksaan memasuki perkhidmatan awam gred 41 tertunggu-tunggu kan bila result nak keluar.... buat saspennn je..mula kata 17/18 Mei..then tangguh ke 31 Mei..

kalo ingat balik cabaran nak pergi ke tempat exam tu...makk aiihh memang mencabar la.. nak jawab exam pon tak setaff nak sampai kat tempat kejadian... jem yang maha hebat.. oh maksud aku kat pusat exam UPM..

ada yang sampai lewat sejam, ada yang langsung tak amik exam dah sebab dah lambat, ada yang dah nangis sebab lambat, ada yang tak de meja..macam-macam situasi..salute kepada semua yang bersemangat juga nak jawab exam walaupun lambat sejam... dan ketua pengawas pon sporting dan bertimbangrasa... bagi juga jawab walaupon tak boleh repeat paper yang dah lepas (kot).

sama-sama kita nantikan keputusan..kepada yang berjaya tahniah.. yang tidak..usaha lagi.. aku? entahla.. kalo sukses tu ada la rejeki.. kalo tidak.. kena try lagi le..

Sunday, May 30, 2010

hermmm..


rasa sedih bila tak dapat tolong orang..tapi kalau sendiri pun tak mampu macamana nak tolongkan?